




![]()









Telah banyak yang aku lalui
Hingga pernah resah jiwa ini
Hingga pernah gelisah hati ini
Cinta dunia pernah merantai hati
Walau tidak pernah kuzahiri
Dalam sederap langkah perjalanan hidupku
Jika dulu telah Engkau izinkan
Aku merasai kehangatan kasih dalam alpa
Jika dulu Engkau benarkan
Aku menikmati rindu adam kepada hawa
Jika dulu Engkau biarkan
Aku di dalam bahagia yang sementara
Cukuplah wahai tuhanku…
Kerana di sebalik semua itu
Aku pernah kehilangan cintaMu
Pernah gersang jiwaku
Pernah tandus imanku…
Derita itu merobek ketenanganku
Hatiku yang telah retak semakin retak
Solatku tiada lagi khusyuknya
Rukukku tiada lagi ikhlasnya
Sujudku bersama fikiran yang melayang entah ke mana
Tahajjudku sudah tiada serinya
Munajatku sudah hilang air matanya…
Imanku longlai untuk berkata-kata…
Dan Ya Allah
Setelah semua itu aku lalui
Dengan penuh susah, jerih dan payah
Kugagahi jua langkah lemah ini
Berbekal harapan yang tidak pernah mati
Akhirnya kutemui cintaMu yang hakiki
Manisnya kurasai
Bahagia dan ketenangan abadi…
Bersama setiap sedutan nafas
Beriramalah tasbih, tahmid dan takbir
Hati ini bahagia dengan mengingatiMu
Hati ini derita bila melupaiMu
Engkaulah Kekasih dan cinta hatiku
Sekalipun tidak
Aku berasa kecewa kerana dikecewakan
Bahkan hati yang retak kembali pulih
Hati yang merana kembali damai
Hati yang sirna kembali menyinar…
Syukurku padaMu tuhan…
Atas segala kurniaan
Nikmat rasa cinta yang cuma sedikit padaMu ini,
Jangan Engkau lenyapkan,
Jangan Engkau kuburkan
Tapi, suburkanlah cintaku padaMu tuhan…
Biarkan hati ini
Terus mengharap, berpaut dan bergantung padaMu
Kurniakan kepadaku
Sekeping hati yang kuat
Agar ia terus hidup di dalam cahayaMu
Selamanya…
...sUbuRkan ciNtaku...
Tuhan menYayanGimu Sayang





![]()








Saat penulis duduk menghadap PC pagi nie..penulis baru je terima satu ujian yg memang persis2 dpt agak ..cume perit jgklah memikirkan kedua org tua di KG sana..risau kalau2 mereka susah hati dgn apa yg berlaku..apapun, mohon dgn yg Esa..tenangkan hati keduanya..kerana al0nG di sini baik2 sahaja..
Alhamdulillah,sekurang2nya penulis mampu menghadapi ujian ini dgn tenang..mungkin ini satu cara Tuhan menzahirkan kasih sayangNYA terhadap hambaNya ini.. menerima smuanya dengan seukir senyuman dan ketenangan yg xberbelah bahagi...ALLAHUAKBAR...
manusia tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan..lantas apa yg berlaku akanku jadikan benteng untuk menjadi muslimah yg lebih kuat pada masa hadapan...
Ucapan terima kasih xterhingga buat ma abah di Kg kerana sentiasa mendoakan al0nG..bertuahnya diri memiliki mereka dalam mendepani setiap liku kehidupan di muka bumi Tuhan ini...
Sesungguhnya apa yg dah berlaku ini menjadikan diri seorang Muslimah yg lebih dekat denganNya..
Ya Allah..ampunkan segala dosa hambaMu ini..Ameeen =)
WELCOME TO MY BLOG...






![]()







uHyiikUm jami'An biTahiyyatiL iSlam...Assalamualaikum wbt..
penulis mengalu-alukan kedatangan IkhwaN wa Akhawat tuk berkongsi mutiara suci yg ada d muka bumi ini..
Sem0ga setiap saat yg aNtum luangkan melayan bl0g ini mampu dimanfaatkan pada jln kebaikan..
sama2 kita perbaiki diri untuk MENJADI YG LEBIK BAIK...
WassalaM
...rEdHa hAtikU dEngaN keTentUan-MU...






![]()








MaQalaH ni penulis ambil daRi sAtu wEbsitE
(sedikit pengubahan dan penambahan dari idea sendiri =))
sEmoga apa yang baik dapat di kongsi bersama
renungkanlah sedalam-dalamnya
Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. bila kamu merasakan jodoh itu masih jauh,bersabarlah, ketahuilah bahawa si dia sedang mempersiapkan kepimpinannya untuk memimpinmu di hari es0k...berd0alah..Nyatakan perasaan dan keinginanmu itu
dalam doa2 lewat sepertiga malam..Apa yanG paSti,Allah sEtia mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat...yG baik itu bknlah seseorang yg syumUl (tidak pernah meakukan dosa),tetapi seseorang yang sentiasa sedar akan kesilapan dan dosa2 lampau,lantas bertaubat serta berazam untuk memperbaiki diri menjadi yang lebih baik..
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, "aku pasti bahagia kalau mendapat apa yg aku ingini".. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.Ketika kamu terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. kamu pun mengeluh,
"alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju". Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.
“Bukan semua yang kita sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.”
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia2nya.Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin keranaperasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..Rupa2nya..
Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "
`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali.Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`
pRinCesS : "Allah taHu apa yG kitA maHu..apa Yg kiTa mampU..keRana DIA yg MAHA PENCIPTA sEtiap sEsuatU..."








