...aku cinta AllaH...











andaikan diriku bisa seperti yang lain..

yang Kau sayang...

yang Kau rindukan...

yang Kau cintai...





aku lemah...

tanpaMu aku lelah

aku sungguh xberdaya

tolongku... tolongku...

Ya Allah....







setiap air mata ku mengalir

Allah aku lemah dan xberarti

setiap derai tangis membasahi

Allah jangan tinggalkan aku lagi

aku sayang Allah...

aku rindu Allah...

aku cinta Allah...





Andai setiap apa yang ku perbuat

tidak menyenangkan Mu

maaf...

kerana aku apa yang ada

ampunkan aku Ya Allah

andai kelalaian kali ini

membuah amarah cuak rasa



entah.........

ketidakmampuanku

pada anugerahmu itu...

kehormatanku...

pimpin aku Ya RahmaN..





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

...Rasulullah Tersenyum Melihat Aisyah Cemburu...







Cemburu...

Satu perkataan yang sememangnya terjadi pada diri setiap insan yang normal. Orang tua kata cemburu itu tandanya sayang. Betul juga kata-kata ini cuma janganlah kita cemburu tidak bertempat dan melampau-lampau. Perasaan cemburu ini pun berlaku dalam kehidupan Rasulullah. Isteri baginda pun cemburu juga antara satu sama lain. Di antara isteri Rasulullah yang paling suka cemburu adalah Aisyah. Perkara ini wajar mengingatkan Aisyah memiliki tahap kecemburuan yang tinggi kerana beliau memperolehi tempat yang istimewa di sisi baginda setelah Khadijah binti Khuwailid yang menjadi isteri pertama baginda.





Di samping itu, Aisyah adalah satu-satunya isteri Rasulullah yang dinikahi dalam keadaan masih kecil. Beliau juga termasuk isteri yang cerdas dan banyak membantu baginda apabila menghadapi masalah yang sukar, sehingga wajar apabila kelebihan-kelebihan ini menjadikan Aisyah istimewa di sisi baginda maka beliau sangat pencemburu.



Kerana sifat Aisyah yang terbuka dan cenderung keanak-anakkan dan kurang boleh menguasai perasaannya, itulah yang membuat Rasulullah suka bercanda dengan isterinya yang mungil itu. Emosi Aisyah akan nampak apabila beliau sedang cemburu. Kecemburuan seorang wanita terhadap suaminya adalah menunjukkan kadar cintanya terhadap suaminya sangatlah tinggi.







Beberapa saat menjelang wafat Rasulullah, baginda berziarah ke perkuburan Al-Baqi' untuk memanjatkan ampunan bagi semua penghuni kubur itu. Esoknya, Aisyah mengeluh kepada baginda kerana kepalanya terasa pening. Demikian juga Rasulullah merasakan sakit kepala. Maka baginda berkata kepada Aisyah: "Wah...kepalaku juga pening Aisyah." Namun berulang-ulang Aisyah masih mengeluhkan pening kepala, sehingga dengan bercanda Rasulullah berkata kepada Aisyah: "Apa salahnya wahai Aisyah apabila engkau mati sebelum aku?" Aku sendiri yang akan menguruskan jenazahmu, mengkafankanmu, mensolatimu dan mengkuburkanmu."







Mendengar perkataan demikian daripada Rasulullah, muncullah rasa cemburu Aisyah, beliau terus berkata kepada baginda: "Biarlah itu terjadi pada yang lain sahaja. Demi Allah, seandainya itu terjadi dan anda melakukan semua yang disebutkan, anda akan kupertemukan dengan beberapa isteri anda di rumahku."



Mendengar perkataan isterinya, Rasulullah hanya tersenyum lembut. Baginda sangat memahami apa yang tersirat di fikiran Aisyah setelah mendengar gurauan baginda. Beberapa saat kemudian rasa pening Rasulullah hilang, sehingga baginda dapat berkeliling menggilir isteri-isterinya. Namun kemudian sakit baginda datang lagi apabila tiba di kediaman Maimunah, salah seorang isteri baginda. Dan itulah rupanya sakit terakhir baginda dan gurauan baginda yang terakhir dengan Aisyah, kerana tidak lama setelah itu, baginda wafat di kediaman Aisyah r.a.







Begitulah sikap Rasulullah terhadap sesiapa sahaja di sekeliling baginda. Apa yang berlaku pada baginda, masih tetap menerimanya dengan melontarkan senyuman lembut tanpa ada perasaan terguris hati atau marah. Banyak lagi kisah-kisah seperti ini dalam buku: Senyuman Rasulullah Menambat Hati Para Sahabat. Semoga kita dapat mengikut sunnah Rasulullah ini.

Senyum-senyumlah wahai sahabat-sahabatku.

'Senyum itu Sedekah'.







sumber : http://www.fazakkeer.blogspot.com/





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

...Ciri-Ciri Sahabat Yang Baik...






Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?




Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:




1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;


6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;


9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.




SumbEr : koleksi-koleksi terbaik
priNcesS iSlaM : buat sahabat2 ku..kalian adalah anugerah berNiLai dari AllaH..uHibbuKuM fiLLAH..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS