...kasihMu masih Pekat...








sayangMu Tuhan..masih untukku..

Anugerah untukku Tuhan…

tErasa Engkau terlebih bagi…

xlayak untukku…



Engkau terlalu Pemurah Tuhan…

jaUh aku tersesAt…

namun kasihMu masih Pekat…

melekat hingga saat ini…



aku bersYukur Tuhan…atas anugerah bernilai…

membawa BAHAGIA bukan sahaja untukku…

bahkan anugerahMu mencangkir sejuta senyum seluruh keluargaku…



sabarku setitik embun…hikmahMu seluas dunia…

Sabar itu terlalu manis…



Berkat doa Ma Abah…

Kini aku mampu tersenyum inDah…

Xkan ada lagi Hati yang terluka…



Aku moHon Tuhan…pelihara anugerah ini untukku…

Tanamkan cintA ini hanya keranaMu Tuhan…

Aku moHon berkat dariMu…

Pimpin kasihMu ini, jalani kehidupan apa adanya…

Pegangi aku Tuhan,agar aku xtersungkur kesekian kalinya…



Sampaikan salam sYukurku pada semua…

aku sAmbut keranaMu Tuhan…

pelihara cinta itu untukku…pelihara aku pada cintaMU…

Ya RABB..aku yakin pada KEADILANMU...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

...sPeciAL fR0M anGah..tHankS =)...





salam...

nih nak cter...aku ad sbuah fmili yg bhgia....n,aku plh tuk kgsi tntg diorg..hahak...

pertama sekali....



my dad...

aku suke tgk gmbr abh aku ms mda2..hencem kot..mesty rmai pmnt..hahak,pji abh snri..tpy,prnh gak aku wt 'jht' cket..gtw kwn2 tu pkwe aku..haha....agk melampaw...

abah aku nih sorg yg tgs orgnya...tapi agk....teramt bek r..hahak..abah kowt..penyayang....dah2...m,dia kerja sendiri ajek..

baiki msin bsh,peti sjuk....mcm2 benanyer...abih pth jri aku klu nk tuls sume..so,dgn kje gtu..pndptn xdela mewh sgt..alhamduLILLAH r,ktorg adk bradik membesar ngan jayanya...

ap yg aku thu,aku syg gler2 kt abh aku tu...




my mum...

gmbr ma ms mde montel...cm aku gak..tp,ma tgi cket..nmpk lwa r..ops,bkn nmpk je..tp emg..klu x,xkn abh terpikat..kaka....ma pon bek...penyyg orgnya...agk kesurirumahan ugk r...kekeh..ape da aku nih...suke ngepek ble aku pnya blik mnglhkan kpl pch..haha..slalu tgur ap y xkne ngn mskn aku..slalu mtk aku wt kweh ble nk raye..aku plg suke tgk die teeenyooom ble kweh aku mnjdi..n hepi terkbil2 ble dia gelak ble bezkot aku hangus..tapi,ktorg ttp same2 mamah..mtikn dria rs...haha...thankz ma...



my sis... [ pRincEsS iSlaM=) ]

whoahaha....da nmenye ank sulum...pstiny kediktatorn akak aku yg sorg nih terserlah..maap along...hahaha...die ngah study bar or lbh tptny tasl kt uia gmbk...di bek gle..dikttor 2 kne tme r..bez kot ad akak gtu..blajola bersyukur...akak aku nih lwa gk orgnya...mnis2 orgny..tp,kwn2 dia kt,mla2 tgk die,tkt nk tgor cz muke die agk grg..tpi........klu da knl....haaaaaaaaaaaaa,jtuh hti r mksdnya....miz u alg bcuk2..



my youngest sis..

thn nih f.5...berkarisma orgny..ag cntk n mnwn dr aku...lembut..tp krs ht...agk suke brgduh ngn aku..biase r...dkt sgt beza umo ktorg..skepale pom...asik xlkt umh..ade je prgrm tiap2 mgu..ms cuti rtoo pon pyh sgt nk jmp dia..bzy mmnjg mnglhkan mak datin..kwang2....wt mlep tw spm..bia dpt amk medic..miz u acik lwa...



my bro...

benanyer die ank ke 4..tpi da terbese pgl abg...abang ok,not abe...haha....skrg dk kt thfiz nikmatillah..kt umh t.guru tu..jz dk umh 2 mgu skali je cz gtu polisi tmpt dia study too...abg nih agk bek r..mudah nk mtk tlg..xska sshkan org..kwn2 akak die slalu kt die hensem..wah2...ngikut gene bapanye...kekeh...ska dgr dia ngaji blagu..sejuk hati..nek berair mate...abg,angh rndu abg sgt2....



adeq...

adk lhr 6 thn lps ktorg skluarga terbiasa pgl abg sbg adk..um,bla tw nk dpt adk..emg hepi sgt2..xterungkp..bla da lahr,ap ag...manjekn sgt..hahakk...adk nh bdk2 ag..so.byase r klu dia ska mkn cklt,ska mgaju,ngamuk...dia ska wt hal ngan akak2 n abgnya...tp,ngan aku jrg r..cz aku bkn jns lyn die...haha...agk mls cz ag dlyn,ag manje jdny nnt...kakahhh...or,aku nh emg akak y xbpe bek...hahaaa...semnjk aku dk jauh nh,slslu die col...bual2 cket...kt alg pon...rndu kot...m,ble aku ct,dia msti mnje smcm..da bsr pn nk mkn brsuap...hum,...tuls sal adk wt mt aku brgnang lak...rndu sgt2 kt adk......bcuk2 angh...nt angh ct,kt g jln2 ag ek....huhuhu...



me....

im not the black sheep of the famili...haha....aku,jz aku....cemane ek???xtwla....m,agk pmls..ska cri gduh..xpndai jg ht..kdkut..n bnyk ag sft y swktu dgnny...hahaha....urk,jz....aku nk ktkan...aku belum bersdia tk mnyyngi n dsyngi....hahak...cemane tu????mgkn cz aku prnh dsyngi n mnyyngi wt aku amk pndrian tu....klu ye pn aku terglncr mnyyngi...biar aku je y tw...hahaha...aku pernah trclp lgkh,trpesong tgkah..tp,biarlah ia jd y terakhir...skrg,aku kna tmpukn pd study...

aku ad jnji pd org2 y aku syngi tuk brjya...

meski aku xmmpu brdri,aku akn cba mrgkak tk mrk...

wes,srioz smcm lak....

uda2....

itulh kshnya...

suatu kenyataan........

my beloved fmily...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tidak Mudah Bergelar Menantu



maQALAh ni penulis ambil dr FS seorg sahabat (ex-mmP, UIA)..smoga ape yg baik dpt kita k0ngsi bersama…=)



Filed under: Tatapan Bersama — cahaya-mata-mnh at 12:30 am on Monday, August 11, 2008

Menjadi lumrah bagi setiap pasangan suami isteri apabila menikah untuk berasa gugup dan memiliki perasaan gementar, khususnya di saat-saat waktu hari pertama dan awal pernikahan. Di campur dengan budaya yang kadang-kadang membantu memberi tekanan mental tidak kurang pelbagai cerita dan pengalaman orang memberikan gambaran yang mendebarkan untuk diharungi.



وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ

“Dan jika kamu hanya mengikut orang ramai di muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah” (Al-An’am : 116).



Dimulakan dengan permulaan berjumpa bakal keluarga isteri dan suami, masing-masing mula mengenali tabir belakang pasangan masing-masing. Bagi yang bercinta dengan pasangan mereka adakalanya tempoh awal pernikahan itulah mungkin perasaan cuak dan terkejut muncul. Tentunya ada yang mempersoalkan anaknya comel dan cantik, mengapa bapanya hitam, comot dan hodoh ? Atau ada pula yang timbul rasa, rimas takala mendapat ibu-bapa mertua yang terlalu over ramah, adik beradik baru yang entah mana datang mengucapkan tahniah selamat masuk ke ahli keluarga mereka dan menyoal dengan pelbagai macam soalan cepu emas yang tidak dapat dijawab.

Tidak mudah.



Budaya Melayu agak melucukan, sewaktu berakad nikah perlu pula bersalam di antara kadi dan pengantin lelaki. Hal ini adalah tidak perlu sebenarnya kerana pernikahan sudah cukup sah dengan lafaz dan tidak perlu pula menyebut nama penuh menurut kad pengenalan. Kebiasaannya Tok Kadi yang mewakili bapa perempuan bukannya bapa si perempuan itu sendiri. Kemudian mahu pula sesetengah kadi atau jurunikah itu memaksa si pengantin lelaki menghabiskan lafaz nikah dengan senafas.



Lafaz nikah yang panjang dengan nama penuh perepuan yang terkadang sukar disebut, bilangan mahar dengan ada sen pula yang menambah panjang perkataan, sungguh ada yang terpaksa mengulang nikahnya berkali-kali kerana jurunikah tidak berpuas hati atau saksi merasa tidak begitu lancar ucapan pengantin, macam-macam.



Sabda baginda : “Sesungguhnya agama ini ialah mudah dan tidaklah yang (sengaja) menyusahkan dirinya dalam hal agama ini melainkan dia akan dikalahkan (tidak mampu)”.

(hadith sahih riwayat bukhari syarah ibn hajar jilid 1 m/s 93).



Tidak hilang lagi gemuruh akad nikah tiba pula masanya upacara membatalkan air sembahyang. Adegan bersentuhan tangan dengan pasangan isteri. Bagi yang belum pernah bersentuhan lelaki dan perempuan sebelum nikah, saat inilah waktu yang cukup manis.



Sejuk seram terasa bagi lelaki yang menyentuh kulit perempuan buat pertama kali terasa kulit lembut bagai sutera, rasa macam ada elektrik dan mahu sahaja dipegang tidak mahu lepas. Tetapi terpaksa bersabar masih banyak halangan perlu diharungi.

Buat pula ada keluarga yang mengada-gada, sewaktu upacara menyarung cincin dan menangkap gambar itulah akan diminta maca-macam aksi untuk diabadikan di dalam gambar. Mahu disuap dan menyuap pula suami isteri untuk dirakam gambar dan video oleh ahli keluarga, mahu itu dan ini. Seterusnya setelah itu sesi bersolat sunat pasangan suami isteri diikuti dengan menghadiri jamuan makan atau kenduri perkahwinan bagi sesetengah pasangan yang langsung mengadakannya sejurus selepas akad.



Badan Mulai Berpeluh



Setelah sesi jamuan selesai menjadi kewajipan untuk pihak keluarga lelaki pulang lalu meninggalkan si hero seorang diri di rumah pengantin perempuan untuk diuji keteguhan dan kelakiannya. Sejauh mana si romeo yang pandai memikat si perempuan dulu berhadapan dengan sejumlah angkatan keluarga dan adik beradik perempuan yang bersiap sedia dengan pelbagai soalan dan perasaan “ ingin tahu”.



Kalau dahulu boleh lagi bertemberang dan “bertakiyah” dengan si perempuan akan perihal kehidupannya namun kini di hadapan sejumlah adik beradik, pelbagai cerita dan isi peribadi bagai disiat-siat keluar untuk diteliti bagaikan pemeriksaan post-motem mayat. Semuanya dicungkil keluar habis-habisan oleh pihak keluarga si perempuan. Kebijaksanaan si lelaki menjawab persoalan dan memberikan jawapan sangat penting bagi mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam kancah kegugupan dan kekantoian yang total.



Tentu lucu memberitahu anda seorang peguam kepada ahli keluarga perempuan apabila ada pakciknya yang juga merupakan peguam hadir bersama, pasti terbongkar rahsia bahawa pengetahuan anda hanyalah setakat kerani di pejabat guaman yang sememangnya itu memang kedudukan sebenar anda.



Rahsiakanlah apa yang tidak perlu diceritakan dan beritahulah apa yang boleh menjadi jawapan kepada banyak persoalan yang masih belum ditanyakan kerana selain menjimatkan masa boleh mematikan segala buah kunci dan modal mereka. Ceritakan yang baik-baik sekalipun ada ahli keluarga perempuan yang mahu tahu perihal yang tidak baik tentang diri anda seakan-akan mahu mengorek semua rahsia anda.



Kegelisahan anda sememangnya berbaloi, segala cerita, keramahan yang membuatkan anda berdebar, kegugupan dan perasaan cuak memanggil seorang tua yang tidak anda kenali sebelum ini atau seorang lelaki yang tidak pernah dijumpai sebagai bapa atau ayah dengan tiba-tiba sememangnya menyukarkan lidah buat kali pertama. Tetapi ianya berbaloi apabila anda sebagai hero akhirnya berjaya membolosi halangan keluarga selepas pernikahan dengan melangkahkan kaki ke bilik pengantin dengan si isteri sudah tersiap menantikan suami.



Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Amru ra bahawa baginda rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda :

الدنيا متاع وخير متاع الدنيا المرأة الصالحة

“Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia itu ialah perempuan yang solehah” .

(Hadith sahih riwayat Muslim no. 1467 dan Nasaie, Ibn Majah dan Ibn Hibban serta lain-lain).



Segalanya berbaloi bagi mereka yang mencari nikmat yang halal, ternyata manis, mulia dan suci apa yang ditetapkan oleh Islam dari perkahwinan dan hukumnya. Menyentuh pasangan masing-masing dan seterusnya bersama pada malam pertama sekaligus memberikan anda satu ketenangan, kebahagiaan yang sukar digambarkan dan kepuasan yang menyenangkan tanpa dihantui oleh apa-apa rasa bersalah.



Kekuatan dari malam pertama ini akan pastinya membantu dalam memberikan keyakinan mendepani hari-hari hadapan dan menghadapi ahli keluarga perempuan dari sudut mental. Sudah tentu anak gadis itu kini menjadi milik suaminya secara rasmi dan juga adat apabila telah melalui malam pertama, kegadisan sudah hilang sebaliknya kini bergelar isteri orang.



Gaya bercakap mula teratur, gementar semalam sudah beransur sembuh, perlahan-lahan tutur kata dalam bicara sudah dapat disusun dan lagak sebagai suami mula perlahan-lahan dibentuk. Berbicara dengan ahli keluarga perempuan sudah dipenuhi dengan keyakinan dan proses menyesuaikan diri mula menjadi perhatian. Masakan ibu mertua dan ahli keluarga perempuan mula dipuji dan adegan mengambil hati mula dijalankan kerana semalamnya belum sempat terlintas difikiran.



Berborak sakan dengan bapa mertua, bertukar janji dengan ibu mertua dan memberikan jaminan akan menjaga si isteri dengan baik. Melayani dan beramah-tamah dengan adik beradik si isteri, membuat jenaka dan lelucon mudah jika mempunyai bakat atau mempamerkan rasa gembira dan terima kasih serta berusaha menyesuaikan diri menyertai ahli keluarga perempuan semampu yang bisa.



Perjalanan cerita hanya bermula setelah perpisahan isteri dari ahli keluarganya untuk berpindah ke rumah suami atau bersama dengan keluarga suaminya. Di situlah salam dan pelukan, ciuman tangan dengan tangisan keluarga perempuan sebagai ucapan selamat tinggal dan selamat menjalani kehidupan baru sebagai isteri orang dengan doa jangan dilupakan keluarga dan hendaklah selalu berhubung dan mendoakan kebahagiaan anak mereka.



Bergelar Menantu



Pengalaman saya menjadi menantu belumlah mencukupi untuk ditulis, sekalipun pernah menjadi anak menantu kepada dua orang yang soleh, seorang ialah ulama arab Yaman yang alim dan seorang lagi ialah jurutera Melayu yang soleh. Adapun menempatkan diri sebagai menantu kepada keluarga arab tidaklah terlalu susah sekalipun budaya berbeza kerana sungguh menjadi rezeki saya dikahwinkan dengan anak gadis seorang ulama yang cukup memahami sunnah dan dijalankan segala upacara pernikahan dengan begitu mudah dan menyelesakan.



Malangnya menempatkan diri sebagai anak menantu kepada seorang ulama itulah yang payah, menjadi kewajipan mencontohi bapa mertua sekalipun sedar diri kita hanyalah siapa. Mereka orang arab tidak memanggil bapa mertua dengan panggilan “bapa” sebaliknya dengan gelaran “ammu” iaitu pakcik. Maka dari sudut panggilan kita lebih mudah berkomunikasi ditambah arab punya stail tidak begitu menjaga soal remeh temeh jadi mereka terbuka dan pernikahan ini ibarat menyerah anak gadis sepenuhnya kepada si lelaki.



Malangnya tradisi kabilah sahaja yang menjadikan kemanisan itu kadang-kadang berubah menjadi tawar apabila terpaksa mengikuti sistem mereka yang kolot dan ada kalanya bertentangan dengan Islam. Perkahwinan dengan gadis arab sangat susah, khasnya apabila terpaksa memahami budaya yang berbeza yang pasti buat pertama kalinya ada waktu benar-benar menguji kesabaran kita.



وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

“ Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar (dari kesusahan) dan memberikannya rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangkai olehnya” (Surah Thalaq : 2-3).



Menikahi gadis Melayu ialah yang terbaik jika diukur dari aspek keserasian dan kesesuaian baik dari sudut adat dan budaya atau cara hidup dan persefahaman yang mudah dicapai. Pengalaman saya menjadi menantu untuk kali yang kedua pun belumlah benar-benar matang dan berjaya untuk dituliskan sebagai pengajaran.

Bahkan terasa yang kedua lebih susah dari yang pertama apabila mendapat seorang jurutera muslim Melayu yang soleh sebagai bapa mertua yang begitu baik dan soleh berbanding diri sendiri. Pasti hal ini sedikit menyukarkan apabila ada orang yang lebih baik dari kita dan mereka mengharapkan perkara yang sama dari kita untuk menjadi seperti mereka.



Rezeki Allah kepada saya mendapat isteri yang solehah cemerlang dalam akhlak dan mentaati suami dengan baik hasil dari didikan ibubapanya yang memahami sunnah dan berusaha menerapkan akhlak Islam di dalam keluarga. Mereka berusaha gigih untuk mendapatkan yang terbaik sedang adakalanya saya yang sudah memiliki apa yang terbaik yang telah diberikan oleh Allah tidaklah begitu bersyukur dengan berlengah dan banyak mengabaikan kewajipan saya.



Memperolehi keluarga baru bermakna saya mendapat ibu mertua dan bapa mertua disamping adik-beradik lelaki dan perempuan yang disebut sebagai ipar. Memiliki adik-beradik yang unik dan pelbagai dari pihak isteri saya sendiri ada kalanya tidak tahu bagaimana mahu memainkan peranan sebaiknya atau apa harus dibuat. Hendak berlagak sebagai abang masih terasa kurang sekali pengalaman saya disebabkan sejak kecil saya kurang mempunyai masa bersama ahli keluarga saya sendiri dan jauh dari kemesraan adik-beradik yang sepatutnya disebabkan pengajian saya yang selalu jauh dari keluarga.



Kemudiannya era perjuangan dan pengajian menjadikan saya menjauh lagi dari kedua-dua adik perempuan kesayangan saya sekaligus menjadikan saya cetek sekali dari memiliki ilmu “keabangan” (ilmu menjadi seorang abang yang cemerlang). Tidak tahu saya bagaimana hendak mencampuri urusan adik beradik isteri saya dan ada kalanya menjadi pertanyaan perlukah saya mencampuri urusan mereka atau cukup sekadar mengambil tahu dan cukup memerhatikan dari jauh. Ada waktu saya berfikir terasa mahu mengambil berat sehingga memerhatikan urusan setiap seorang dan berlagak sebagai seorang abang yang cakapnya perlu didengari oleh adik-adik atau ada waktu saya jadi memikirkan cukuplah ibu-bapa mertua saya menguruskan anak-anak mereka sendiri dan mereka lebih tahu urusan anak-anak mereka dari saya.



Ibu saya pula semenjak kecil mendidik saya supaya berdikari dan membuat keputusan sendiri dalam kehidupan serta faktor anak yatim apabila kematian arwah bapa saya menjadikan saya kurang memiliki perasaan “father and son relation” atau pengetahuan atau pengalaman mengenai hubungan ayah dan anak. Ditambah pula hubungan saya dengan bapa-bapa saudara agak dingin dan kurang mesra maka tidak hairan saya kurang memiliki sikap (senses) sebagai seorang anak dengan berkesan.



Kini berhadapan dengan bapa mertua saya membuatkan diri ini terasa seolah menghadapi seorang yang asing yang sukar saya temui cara dan bagaimana harus mendekatinya dan apakah pula caranya dan kenapa mesti mendekatinya dan apa yang mahu saya bicarakan dengannya. Beliau seorang yang lurus dan mudah, berjenaka tetapi serius dalam kerja berbeza dengan saya yang berjenaka dalam kerja tetapi serius setiap masa. Beliau rajin dan kuat ibadahnya serta mempunyai dedikasi dan istiqamah yang tinggi berbeza dengan saya yang mengikut musim dan situasi. Kita mempunyai seorang yang wajar dipanggil bapa dan bagaimanakah mahu membentuk jalinan hubungan dengannya dan apakah caranya dan sejauh mana kita perlu membentuk hubungan tersebut ?



Sabda rasulullah salallahualaihiwasalam :

خيركم خيركم لأهله وانا خيركم لأهلى

“ Sebaik-baik kamu ialah orang yang baik terhadap ahli keluarganya dan aku merupakan orang yang terbaik daripada kamu terhadap keluarga” .

(Hadith sahih riwayat Tirmidzi no. 3892 dan Ibn Hibban).



Adakalanya kata isteri saya, hubungan kami kurang mesra dan tidak seperti ayah dan anak (son and father) saya ketawa bahkan menjawab bangga kepada dia bahawa saya dan bapanya kami sama-sama “sporting”. Tetapi di dalam hati terasa sangsi apakah benar kami tidak mesra dan bagaimanakah mesra itu sepatutnya ? Tentu tidak ada kayu ukur yang tepat dalam mengambarkan darjah emosi dan ukuran hubungan yang perlu dimainkan oleh seseorang.



Bagaimanakah saya perlu lakukan ? Sejauh mana perlu saya capai untuk mendapat apa yang disebutkan kemesraan ayah dan anak di antara bapa mertua dan diri saya ? Ini ialah soalan objektif dari seorang yang mahukan segalanya tepat dan tetap iaitu melakukan apa yang perlu dan kemudian menganggap ianya sudah dilaksanakan dan selesai begitu sahaja. Sedangkan di dalam masalah hubungan di antara manusia ianya bukan objektif tetapi selalunya subjektif kerana melibatkan perasaan dan emosi pelbagai.



Tidak boleh hanya melaksanakan sesuatu lalu mendapat hasil yang kita jangkakan dengan mudah kerana manusia berwatak emosi pelbagai. Tidak pasti dengan memberikan hadiah kepada ibu-bapa mertua boleh membuatkan dia gembira bahkan mungkin sebaliknya. Juga dengan mencapai hubungan seperti berramah-mesra dan bergurau senda riang ria belum tentu menjamin hubungan sudah siap terjalin dan terjamin kerana boleh jadi ianya hanya luaran sebaliknya dalaman masih kosong dari kasih sayang.

Ibu mertua saya seorang yang mudah mesra, cepat ramah, senang dihampiri dan mudah disukai oleh sesiapa sahaja tetapi hatinya lebih lembut dari sutera dan awas perasaannya macam kapas mudah sekali terkoyak dan terluka sangat menghairankan saya bagaimanalah beliau boleh menjadi askar bahkan kata isteri saya pernah pula sampai ke pangkat Leftenan. Sangat sentimental dan sensitive pendek cerita sangat menyenangkan tetapi merisaukan bila hatinya terguris dan perasaannya tersentuh. Maka saya lebih senang mengambil jarak dan bersembunyi di belakang isteri kerana diri saya yang kasar ini pasti bukan matching yang sesuai untuk menjadi team yang rapat dengan beliau.



Demikianlah lumrah pasangan suami isteri, bagi mereka yang belum bersedia menghadapi keluaga mertua dan belum rapat ukhuwah mereka biasanya lebih senang dan selesa membiarkan isteri sahaja mengendalikan urusan dan perhubungan dengan keluarga dan ibu-bapa mertua. Anehnya kita akan melihat hal yang sebaliknya pula terjadi kepada pihak isteri kita apabila mereka dengan mudah sahaja diterima dan dapat menyesuaikan diri dengan pihak keluarga kita iaitu mertuanya.



Si Isteri biasanya dengan mudah akan menjadi “kamcing” dan mesra dengan ibu kita dan bila-bila sahaja tanpa sedar segala rahsia lahir kita sehingga dewasa terbocor satu-persatu dikorek oleh si isteri dari telaga simpanan si ibu. Tidak perlu menghairankan kita bahawa si isteri juga akan segera rapat dengan bapa kita sedangnya kita sendiri tidak serapat itu dan boleh jadi bapa kita yang terkenal garang, ego dan ditakuti selama ini serta mempunyai jurang seluas “jurang Mindanao” dengan kita tiba-tiba sahaja mesra dan “kamcing” dengan isteri kita, jangan terkejut.

Mungkin komposisi otak orang perempuan dan hatinya diciptakan untuk mudah menjalinkan hubungan silaturahim dan fizikal mereka yang keperempuanan itu mudah diberi simpati dan kasih sayang oleh sesiapa sahaja. Boleh sahaja kita sebut teori dan perihal ini sebagai dasar keperempuanan.



Islam Menjaga Martabat Wali & Keluarga Perempuan



Di dalam Islam bapa mertua memainkan peranan yang penting, pertamanya dia ialah wali yang sah dan utama bagi wanita yang bergelar isteri kita. Sekalipun anak gadisnya sudah bernikah, dia masih mempunyai peranan sebagai penasihat dan pembantu di dalam keluarga anaknya khasnya yang masih baru pembinaannya dan memerlukan kepada sokongan yang kuat dari pihak keluarga perempuan supaya memberikan kekuatan kepada isteri dalam memainkan tugasnya sebagai isteri dengan berkesan.



Daripada Abdullah ibn Amru ibn As ra bahawa rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda : “ dan bagi isteri kamu itu mempunyai hak ke atas kamu” .

(hadith sahih riwayat Bukhari no. 4903 dan Muslim no. 1159).



Bahkan di dalam kehidupan, tidak dapat lari dari pergaduhan rumahtangga dan juga permasalahan serta ujian seperti bala bencana, kemalangan, sakit demam yang memerlukan sokongan dan bantuan dari ahli keluarga khasnya wali perempuan yang akan menguatkan si isteri dalam istiqamahnya bersama suami dan rumahtangga yang dibina.



وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى

“Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa” (Al-maidah : 2).



Bayangkan sekiranya si suami seorang pendakwah, maka di dalam menghadapi menhah dan tribulasi tanpa mempunyai sokongan ibu-bapa mertua dan keluarga isteri dengan baik pastinya akan menyusahkan si pendakwah dan rumahtangganya dalam menjalankan syariat Allah sebaliknya dengan kekuatan dan sokongan ibubapa mertualah maka si isteri akan tetap bersama suami sekalipun si suami jatuh sakit atau ditimpa musibah seperti dipenjarakan dan sebagainya.



Demikian juga sebagai ibu-bapa mertua maka dia mempunyai hak berikut daripada menantunya untuk dipenuhi iaitu :



1) Dihormati sebagai ibu dan bapa kepada isterinya

2) Menjaga hubungan yang baik dengan pihak mertua dan tidak menghalang hubungan

isteri dengan ibubapanya serta tidak menghalang isteri dari meneruskan kasih

sayangnya kepada kedua ibubapanya.

3) Membalas jasa baik mereka yang sudi menyerahkan anak gadis kesayangan mereka

kepada kita

4) Meneruskan kebajikan dan hubungan kebaikan dengan mereka

5) Membantu mereka apabila di dalam kesusahan

6) Mengasihi mereka dan anak-anak mereka yang lain (adik beradik ipar)

7) Menunaikan janji dan harapan mereka



Menjadi seorang menantu tidaklah mudah sebaliknya kita harus berusaha memastikan diri kita menunaikan harapan ibu-bapa mertua kita yang mahukan anak gadisnya hidup bahagia di bawah jagaan kita dan selamat serta sentosa. Bagi yang beragama tentunya mahukan anak perempuannya dipelihara dan dijaga serta dididik dengan didikan kasih sayang menurut syariat Islam serta dibentuk menjadi seorang muslimah yang berkeperibadian Islam dan boleh mendokong syariat Islam di dalam keluarganya seterusnya diterapkan kepada anak-anak dan keluarga.



Sabda baginda salallahualaihiwasalam kepada Tamim Ad-Dari ra :

الدين النصيحة , الدين النصيحة, الدين النصيحة

“ Sesungguhnya Agama itu ialah nasihat, sesungguhnya agama itu ialah nasihat, sesungguhnya Agama itu ialah nasihat.”

(Hadith Sahih, riwayat Muslim no. 95 Bab 55).



Semua ibu-bapa yang menikahkan anak perempuan mereka yang disayangi kepada si lelaki menantu mereka pastinya berhajatkan kepada harapan kebahagiaan anak gadis mereka di masa depan di dunia dan di akhirat. Mahukan kebaikan dan ingin melihat perkara yang baik terhasil dari pernikahan tersebut. Maka menjadi kewajipan bagi si menantu menjaga dan memastikan hasrat dan matlamat untuk kebahagian si isteri itu tercapai dengan menjadikan syariat Allah sebagai landasan hidup apabila kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat itu hanyalah dengan Islam.



وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلاَمِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنْ الْخَاسِرِينَ

“ Barangsiapa yang mencari agama selain daripada Islam maka tidaklah dia diterima (disisi kami) dan dia di hari akhirat kelak akan termasuk di kalangan mereka yang rugi” (Ali-Imran : 85).



Suatu masa akan tiba apabila kita sendiri akan berubah menjadi tua dan akan sampai waktu putaran masa kita pula memiliki anak-anak gadis dan menikahkannya kepada lelaki-lelaki yang kemudiannya menjadi menantu kita. Kita akan mempunyai harapan dan perasaan yang sama, matlamat dan keinginan yang sama dengan apa yang dimiliki oleh ibu-bapa mertua kita hari ini. Di waktu itu barulah kita akan fahami nilai hidup dan erti pusingan waktu maka oleh itu berubahlah segera menjadi menantu yang soleh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

...ERTI SEBUAH PERKAHWINAN...






PriNcesS iSlaM : kisah ini satu pEmberian bermakna dari se0rang sahabat (dipetik dari website).

Semoga apa yg baik itu dpt kita kongsikan bersama.Ya Allah..berkatilah kehidupan Hamba-MU Dunia dan Akhirat



ERTI SEBUAH PERKAHWINAN: yang dibina di atas sebuah perjuangan posted in TELADAN HIDUP



Bulan ini, sudah lima tahun saya berumahtangga, bergelar suami kepada seorang isteri. Sungguh pantas masa berlalu. Sudah separuh dekad, saya dan isteri menempuh kehidupan yang penuh dengan pelbagai teladan dan sempadan. Perkahwinan kami tidak susah. Ketika saya mengambil keputusan untuk memperisterikan beliau, saya hanya

berpandukan kepada fatwa hati. Dengan sedikit maklumat tentangnya, dan gambar yang langsung tidak membolehkan saya mengecam rupanya, saya berpegang dengan pesan Nabi SAW bahawa hati itu tenteram kepada kebaikan dan gelisah terhadap kejahatan. ‘Orang tengah’ yang juga merupakan sahabat saya memahami keputusan tersebut.



Hati saya tenang. Sebelum membuat keputusan muktamad, saya ke masjid untuk solat Isyak dan Tarawih. Malam Ramadhan yang cerah, saya menadah tangan memohon daripada Allah agar memberkati pilihan saya ini. Cuaca dingin Disember 1999 di Kota Dublin mengiringi saya pulang dari Masjid di South Circular Road. Saya merenung langit. Kerlipan bintang bukanlah suatu pemandangan biasa di Ireland. Lazimnya siang dan malam kami diselubungi awan tebal. Namun saya semacam lega. Membuat keputusan yang baik pada malam yang baik. Hati saya terus tenang. Saya bersetuju menerima ‘lamaran orang tengah’ tersebut dan subhanallah, bakal isteri saya juga menyatakan persetujuannya menerima sebelum melihat diri saya. Persetujuan disampaikan melalui telefon kepada ‘orang tengah’ dan saya menyambutnya dengan syukur. Mungkin terlalu sukar untuk dibayangkan bagaimanakah begitu mudah kami berdua bersetuju untuk saling menerima, sebelum berkenalan, keluar makan-makan, berbalas-balas surat, seperti yang selalu diamalkan hari ini? Ya, bukan sahaja orang lain, malah ahli keluarga saya sendiri kehairanan. Kali pertama saya bersua muka dengan

bakal isteri saya ialah di hadapan ibu serta bapanya.



“Tarikh bertunang sudah dipersetujui, cuma ‘mak’ nak tanya sesuatu. Kamu pernahkah melihat yang empunya diri?”, bakal ibu mertua saya bertanya. Beliau sudah pun membahasakan dirinya sebagai ‘emak’. “Belum, mak.”, saya menjawab sambil tersenyum. Saya dapat melihat wajah abang saya yang begitu terkejut. Macam mana adiknya boleh bersetuju untuk berkahwin dengan seorang yang belum pernah ditemui? Ia terlalu ganjil untuk zaman ini. Di hadapan kedua ibu bapa, kami bertemu buat pertama kali. Rakan-rakan yang mendapat tahu tentang pertunangan saya dengan seorang ‘bakal doktor’ amat terkejut. “Anta gilakah, Hasrizal? Kahwin dengan doktor! Anta tak takut kena tinggal?”, tanya seorang rakan saya. “Nabi SAW lagi sibuk dari saya. Isteri baginda lebih sibuk dari seorang doktor. Tapi rumah tangga mereka adalah yang paling bahagia. Tentu ada formulanya!”, saya menjawab dengan selamba. Mudah sahaja jawapan saya itu.



Namun saya memang sentiasa memikirkan tentangnya. Sampai begitu sekali persepsi kawan saya. Gilakah saya ini, kerana mahu memperisterikan seorang doktor? Cabarannya memang besar. Cabaran pertama adalah soal harga diri. Melalui didikan Islam yang kami terima dalam kuliah, tamrin, usrah dan bacaan buku, perkahwinan antara seorang ustaz dengan seorang doktor

tidak pernah dianggap tidak sekufu. Apa yang penting, kedua-duanya saling berpegang kepada nilai-nilai Islam. Kami menilai kehidupan dengan penilaian yang sama dan di situlah keserasian serta persamaan itu wujud. Namun kehidupan ini tidak seideal itu. Kami perlu berhadapan dengan persepsi masyarakat. Seandainya kami mudah tergugat oleh “apa yang difikirkan oleh orang lain”, maka tentunya kami akan keletihan menangkis sinis dan sindiran yang ada. Apalah yang ada pada seorang ustaz, jika ukurannya adalah pada sebuah kebendaan? Apakah yang mampu ditawarkan oleh seorang ustaz kerana ‘ilmu agama’ tidak pernah menjanjikan kekayaan bagi pejuangnya.



Kami saling menerima, atas realiti itu. Cabaran kedua adalah soal komitmen kerja. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan berumahtangga adalah sesuatu yang amat mencabar bagi seorang doktor. Khususnya di peringkat housemanship (juga disebut

internship). Seorang suami kepada seorang doktor akan lebih banyak ditinggalkan kerana jadual oncall yang tidak berperi kemanusiaan. Bayangkan, seorang doktor yang baru memulakan kerjayanya di sebuah hospital, masuk kerja pada jam 8 pagi hari Isnin. Beliau habis bekerja pada jam 5 petang hari Selasa, malah kadang-kadang terlajak hingga ke jam 8 malam. Keesokan harinya, Rabu, beliau akan ke hospital semula pada jam 8 pagi dan

tamat kerja pada jam 5 petang hari Khamis. Rutin begitu, menyebabkan seorang

kawan saya mencadangkan supaya isterinya tidak balik ke rumah. Tidurlah di hospital. Biar dia sahaja yang datang melawat isteri di hospital. Itu lebih baik dan melegakan

bagi si isteri. Sanggupkah saya untuk berhadapan dengan semua itu? Saya bersyukur. Ketika saya membuat keputusan untuk berumah tangga dengan seorang doktor, apa yang saya fikirkan ialah peluang saya untuk berbuat kebaikan. Saya gembira membayangkan

betapa saya dapat mendidik isteri dengan pengetahuan agama Islam. Saya gembira dapat memasak yang sedap-sedap untuk isteri (sudah jemu untuk menjamu kawan-kawan bujang yang tidak pernah kenyang). Saya gembira membayangkan suatu hari nanti jika ada rezeki, saya dapat mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak. Malah paling

menggembirakan, perjuangan saya di medan Amal Islami dapat dikongsi bersama seorang isteri. Ia menyempurnakan sudut kehidupan saya.



TUJUAN BERUMAHTANGGA


Tanpa saya sedar, saya mendapat kekuatan untuk menerima kehadiran seorang isteri yang bakal sibuk, maha sibuk. Kekuatan itu datang dari satu prinsip hidup saya yang penting, “ERTI HIDUP PADA MEMBERI”. Ya, saya mahu berumah tangga bukan untuk menerima. Saya berumah tangga kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan. Semuanya itu adalah peranan saya di dalam sebuah rumah tangga. Dan seandainya saya menerima apa-apa kebaikan dari isteri,

semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil mana sekali pun kebaikan itu. Saya masih ingat pesanan seorang senior saya di Belfast. “Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang

paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan

kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai”, kata Kak Naz dan Abang Rozli semasa saya menyuarakan rancangan saya untuk berumah tangga. Nasihat itu saya pegang hingga hari ini.



DIIJABKABULKAN

Setelah dua tahun kami bertunang, saya diijabkabulkan pada 14 September 2001 oleh ayah mertua saya sendiri. Dengan hanya sekali lafaz, sahlah hubungan kami sebagai suami dan isteri, seperti yang kami doakan. Kami tidak berpeluang untuk lama berada di Malaysia. Kepulangan ke tanah air untuk melangsungkan perkahwinan hanya ada 8 hari. 4 hari selepas kenduri, saya dan isteri meninggalkan Malaysia untuk menyambung kembara kami di bumi Ireland. 20 September 2001, saya dan isteri melambaikan salam perpisahan kepada dua keluarga yang berkumpul di KLIA buat pertama kalinya. Perjalanan kami ke Ireland, diselubungi sedikit rasa bimbang kerana kami menaiki pesawat ke New York via Shannon (Ireland), 9 hari selepas WTC runtuh. Kawalan keselamatan yang amat ketat semasa transit di Amman, Jordan sungguh merimaskan. Kami tiba di Shannon pada pagi 22 September 2001 dan syukur semuanya berjalan lancar. Rumah pertama kami adalah sebuat bedseat kecil di Inchagill Road, Newcastle, Galway.



Ketika itu saya masih menunggu proses untuk menyelesaikan tawaran kerja saya

sebagai Imam di Belfast Islamic Centre, Ireland Utara. Kehidupan berumahtangga kami pada 3 bulan pertama, sudah menampakkan cabarannya. Isteri saya amat terbeban dengan tugasnya sebagai JHO di NUIG Hospital. Namun saya bersyukur kerana mempunyai serba sedikit keupayaan untuk menguruskan rumah tangga. Sayalah yang memasak, menghantar makan kepada isteri seandainya beliau oncall dan seterusnya menguruskan hal ehwal rumah. Mind-setting berumah tangga untuk memberi, amat kuat dalam membekalkan rasa gembira di sepanjang pengalaman itu. Dua bulan selepas berumah tangga, saya dipanggil bertugas secara rasmi di Belfast Islamic Centre. Walaupun kedua-

dua bandar itu terletak di pulau yang sama, jarak yang memisahkan tidak memungkinkan kami untuk sering bertemu. Saya terpaksa meninggalkan isteri sendirian di Galway untuk

memulakan tugas di Belfast, 8 jam perjalanan dengan menaiki keretapi, melalui Dublin.



TERPISAH

Kami berpisah. Ia tidak mudah. Namun kerana ‘ada’nya Allah, kami saling merestui pengorbanan ini. Seperti yang Ustaz Pahrol Mohamad Juoi tuliskan di dalam lirik nasyidnya, “Bertemu tidak jemu, berpisah tak gelisah”. Selepas 6 bulan isteri saya berkhidmat di NUIG Hospital, beliau berpindah ke hospital lain di Letterkenny yang terletak hampir 5 jam perjalanan ke utara Galway. Kali ini isteri saya sudah tidak terlalu jauh. Letterkenny hanya 3 jam perjalanan dengan menaiki bas ke Belfast. Tetapi, saya pula menghadapi kesulitan untuk melawatnya di Letterkenny. Saya bertugas sebagai Imam dan dalam masa yang sama menjadi Pengetua di Belfast Islamic School. Sekolah itu beroperasi paling utamanya di hujung minggu. Maka pada hari Sabtu dan Ahadlah saya menjadi paling sibuk. Oleh itu, isteri sayalah sekali lagi banyak berkorban. Setiap Jumaat selepas habis bekerja, beliau akan menaiki bas menuju ke Belfast. Saya pula banyak menghabiskan masa di masjid dan sekolah di sepanjang Sabtu dan Ahad. Jika mendapat kelulusan Direktor Masjid, maka barulah saya berpeluang untuk menemani isteri pulang ke Letterkenny pada hari Ahad dan pulang semula ke Belfast pada pagi Isnin.



Demikianlah kehidupan kami di sepanjang 6 bulan kedua perkahwinan. Isteri saya telah mengandungkan anak pertama kami ketika bertugas di Galway lagi. Maka di sepanjang perkhidmatannya di Letterkenny, beliau menempuh kehidupan yang amat sukar dengan keadaan kami yang berjauhan. Beberapa kali isteri saya pengsan

semasa bertugas, dan mujurlah Consultant beliau begitu memahami keadaan ini. Saya dihubungi dan dinasihatkan supaya memberi perangsang dan semangat kepada isteri.

Sedikit kecewa, seorang Konsultan berbangsa Irish boleh begitu profesional dalam mengendalikan pekerja bawahannya, sedangkan beberapa orang doktor Muslim lain yang bertugas bersama isteri saya menuduh isteri saya ‘gila’ kerana mengandung semasa bekerja sebagai JHO!



MENYAMBUT CAHAYA MATA PERTAMA

Syukur Alhamdulillah, rumah tangga yang dibina tambah berseri ketika menerima ketibaan cahaya mata pertama kami, pada subuh 6 Julai 2002 di Royal Maternity Hospital of Belfast. Selepas azan dilaungkan, saya namakan anak kecil yang comel ini sebagai Muhammad Saiful Islam bin Hasrizal. Isteri saya bercuti selama hampir 6 bulan. Apabila beliau kembali bertugas sebagai SHO Haematology di NUIG Hospital di Galway, saya terpaksa meninggalkan Belfast. Tidak dapat dibayangkan kami hidup berpisah selepas mempunyai seorang anak. Selepas mengikut isteri berpindah ke Selatan, kehidupan kami semakin bahagia. Saya berasa agak tenang kerana selama bertugas di Belfast, saya sentiasa berada di dalam keadaan tertekan. Sama ada disebabkan oleh bebanan kerja, mahu pun oleh gangguan polisi-polisi kerajaan Britain yang amat menyusahkan kehidupan saya sebagai seorang Imam. Republic of Ireland lebih tenang. Saya bertugas secara sambilan membantu Imam Khalid di Galway, khususnya untuk mengimamkan Solat Jumaat. Selepas 6 bulan, kami berpindah ke Tallaght di selatan Dublin dan 6 bulan kemudian kami berpindah sekali lagi ke Naas, di County Kildare.



PULANG KE MALAYSIA

Pengajian Master saya di The Open University, UK terpaksa ditinggalkan apabila isteri saya dipanggil pulang untuk berkhidmat di Malaysia. Perjalanan kami di Ireland berakhir pada 29 Julai 2004. Tidak lama selepas itu, rumah tangga kami diserikan pula oleh ketibaan cahaya mata kami yang kedua, puteri kami yang diberi nama Naurah Sabihah

binti Hasrizal. Terasa bagai lengkap keluarga saya apabila menerima sepasang cahaya mata, seorang lelaki dan seorang perempuan. Puji buat-Mu ya Allah. Kehidupan berumah tangga di Malaysia jauh lebih mencabar. Kami berdepan dengan kehidupan yang sibuk dan amat menekan. Kami sesekali membayangkan, kehidupan yang ‘seperti orang lain’.

Habis kerja pulang ke rumah. Hujung minggu bersiar-siar di taman, membeli barang keperluan di pasar, dan melawat sanak saudara yang jauh dan dekat. Namun, selepas bertahun kami mendirikan rumah tangga, kami tidak pernah lupa bahawa pertemuan yang

menyatukan kami, adalah pada sebuah perjuangan. Sebagaimana kehidupan kami

sebelum berumah tangga penuh dengan aktiviti-aktiviti Islam, membantu menyebarluaskan agama Allah, maka kehidupan seperti itu jugalah yang menghiasi perjalanan bahtera rumah tangga kami ini. Kesibukan kami tidak pernah berkurang,

malah jadual saya semakin ketat.



ERTI KEBAHAGIAAN

Beberapa hari yang lalu, saya menerima sms dari seorang pelajar yang pernah mengikuti kursus yang saya kendalikan. Katanya, “Ustaz, apa yang saya sedar selama ini, ramai orang merasa bahagia dan gembira apabila dapat meluangkan banyak masa bersama keluarga. Namun, pada hemat saya, ustaz mempunyai masa yang amat terhad bersama keluarga. Jadi, apa erti kebahagiaan dalam hidup ustaz? Harap, soalan ini mudah untuk

dijawab. Bukan soalan, tetapi minta ustaz kongsi dengan saya jika tidak keberatan.” Saya termenung. Kebetulan semasa itu saya sedang out station di Labuan. Berikut adalah jawapan saya kepadanya, “Kebahagian rumah tangga bukanlah pada kuantiti masa yang diluangkan bersama isteri dan anak-anak. Penentunya adalah kualiti. Berapa ramai yang meluangkan banyak masa bersama keluarga, tetapi hakikatnya mereka tidak bersama. Mereka sebumbung tetapi masing-masing mengadap TV, tidak berkomunikasi. Ustaz sentiasa cuba pastikan setiap masa yang ada untuk bersama isteri dan anak-anak,

digunakan sebaik mungkin untuk benar- benar bersama. Lihatlah Ismail alayhi al-Salaam. Sering ditinggalkan bapanya. Tetapi Ismail tidak pernah memusuhi Ibrahim. Mereka bertemu kerana Allah, mereka berpisah kerana- Nya jua.”



PENGHARGAAN BUAT SEORANG ISTERI

Terima kasih kepada isteri saya kerana bersabar dengan segala ujian yang menimpa kehidupan selama ini. Terima kasih kerana bersama saya menyedari bahawa kita tidak mungkin hidup tanpa ujian kerana ujian-ujian itulah sebenarnya kehidupan kita. Terima kasih juga kepada isteri saya kerana tidak menambat kaki ini untuk terikat di rumah. Seorang isteri yang menghalang suaminya keluar berjuang, akan sentiasa memiliki suami yang sentiasa mahu keluar. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya keluar berjuang, akan sentiasa menerima kepulangan suami yang sentiasa berusaha untuk pulang. Perginya suami atas dorongan isteri, adalah pemergian yang dibayangi kepulangan. Terima kasih kepada isteri yang mentaati Allah. Kerana ketaatan kita kepada Allah, kita tidak gelisah untuk berpisah. Saya sentiasa percaya bahawa isteri saya mentaati Allah dan dijaga oleh Allah sepanjang pemergian saya. Isteri saya juga percaya bahawa saya mentaati Allah dan dijaga-Nya sepanjang masa saya meninggalkan rumah.



Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat bercouple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah. Rumah tangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai. Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya… Semoga cinta dan kasih kepada isteriku terus mekar pada sebuah rumah tangga yang dibina atas rasa kehambaan. Hamba yang sering memikirkan peranan, dan gemar memberi kebaikan. Apabila peranan saling ditunaikan, berhasillah segala hak yang ditentukan.

Moga Allah terus mengurniakan kepadaku, isteri dan anak-anak, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup, dengan siraman barakah dari Allah, Tuhan yang kerana- Nya, kami bertemu.


Ameen…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS