




![]()









Manusia menjadi buta tatkala dia terlalu menyukai, terlalu meminati dan terlalu mengagumi. Anda menyukai seseorang, Anda akan terpegun dengan kata-katanya, Anda menyintai sesuatu Anda akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkannya meskipun kadang-kadang usaha Anda itu menempuh sejuta bahaya. Anda mengagumi ,buta untuk melihat sejauh mana kecacatan yang ada padanya.
Bersederhanalah dalam menyukai, memyintai dan mengagumi. Kelak Anda akan lebih berhati-hati tatkala melangkah, tatkala Anda membuat keputusan dan tatkala menyintai. Ramai orang menjadi mangsa kesukaan yang terlalu, rasa minat yang amat mendalam serta kekaguman yang tinggi.
Jika Anda terlalu mengharap, Anda akan terlalu kecewa apabila gagal. Mengharap itu boleh, tapi usah terlalu hingga Anda tidak nampak sebarang kebaikan lagi apabila gagal.
Setiap kegagalan menyimpan kejayaan, setiap masalah membuka peluang. Setiap jalan rezeki yang tertutup akan membawa kepada banyak lagi jalan rezeki yang akan terbuka.
Moga Anda sentiasa bahagia hendaknya…..
Senyum-sEnyumlaH selalu...=)
janganlah terlalu menyukai, janganlah terlalu membenci
bAit kesUciaN dAri Angah unTuk aL0nG





![]()










August 9, 2009 6:55 AM
aksara itu tersusun kemas...
bicara itu tersusun rapi..
penuh rahsia yang tersirat..
menyingkap segala macam cerita hati..
benarkah hati itu pernah terluka..
benarkah hati itu telah terubat..
saat ku renung matanya,
saat ku perhatikan raut wajahnya,
sedetik tak terlintas,
dia sedang kecewa..
kerna wajah itu menggambarkan tabah yang langsung tak berselindung..
ku kagumi dia..
teramat..
bersama sayang yang telah lama berakar kukuh...
ku sayang kamu....
dengan segala apa yang pernah,sedang dan akan berlaku,
ku doakan yang terbaik buatmu..
kerna kau akan dapatkan segalanya..
yang dijanji yang terbaik..
kan ku nanti saat itu,
kau mengalirkan titis suci,
kan ku usap manja...
kerna ku tahu,
semua itu kerna jiwa mu terubat sudah....
terubat sudah...
daaaaa,bcuk2 alom...
rePlY : tHanks Ngah..l0vE U!!!
5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W





![]()








Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku
tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak
ada kuasa di tangan mereka.
· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu
berserta qiamullail.
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.
Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat
darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat
kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul
khatimahnya.
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan
sangat kelurusan agamanya.
· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan
Allah daripadanya."
alQuran dusturuNa
AL-QURAN PENAWAR KEGELISAHAN Sentiasa berzikir (mengingati Allah). Allah berfirman yang bermaksud: “...(Allah) memberi petunjuk ke jalan agama-Nya, sesiapa yang rujuk kepada-Nya; (iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d, ayat 27-28) Melaksanakan segala perintah Allah dengan mengerjakan suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Firman Allah yang bermaksud: “Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya) serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami memberikan kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil daripada berbuat kebajikan dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya serta ia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan (neraka).” (Surah al-Lail, ayat 5-10) Menyucikan jiwa dengan menjauhi daripada segala sifat mazmumah (sifat yang tercela) seperti hasad dengki, fitnah, takbur (menyombong diri), riak, mengumpat dan terlalu cintakan dunia. 





![]()








Contoh, apabila seseorang itu diberikan ujian oleh Allah sama ada berbentuk kesusahan, bala bencana seperti banjir, kemarau, kebakaran, kemiskinan, kematian atau penyakit, maka jiwanya akan mula gelisah dan berkeluh kesah.
Begitu juga apabila Allah mengurniakan nikmat berupa kekayaan kepadanya, maka timbul sikap bakhil atau kedekut dalam dirinya untuk menolong orang yang memerlukan bantuan.
Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang, iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.” (Surah al-Ma’arij, ayat 19-23)
Tekanan perasaan juga berlaku disebabkan seseorang itu tidak mengingati Allah, kurang menghayati dan melaksanakan ajaran agama. Mereka lebih mementingkan tuntutan hawa nafsu semata-mata tanpa mempedulikan keperluan rohaniah.
Mereka lebih suka berhibur dan melupakan amal salih yang menjurus kepada takwa seperti solat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Maka tidak mustahil insan sebegini akan mudah mengalami penyakit jiwa atau tekanan perasaan.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan siapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit (resah gelisah dan tidak tenteram jiwanya) dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta (meraba-raba dalam kesesatan seperti keadaannya di dunia).” (Surah Thaha, ayat 124)
Amat mendukacitakan pada masa ini ada kalangan umat Islam mengabaikan pendidikan al-Quran, tidak mengikut petunjuk dan bimbingan al-Quran dalam urusan kehidupan mereka, apatah lagi menggunakannya sebagai penawar mengubati penyakit jiwa yang mereka alami.
Ada antara kita cuba menyelesaikan masalah dengan cara bertentangan syarak seperti berjudi, meminum arak dan mengambil dadah. Bahkan ada menjadikan orang lain sebagai tempat melepaskan geram seperti melakukan penderaan terhadap isteri atau anak, memukul atau membunuh orang dan berkemungkinan juga bertindak membunuh diri sendiri.
Semua itu dilakukan kerana mereka beranggapan dengan cara begitu saja permasalahan mereka dapat diatasi. Hakikatnya, perlakuan sebegitu hanya akan menambahkan lagi kekusutan jiwa atau tekanan perasaan.
Sesungguhnya, bagi memperoleh suasana hidup aman damai, sejahtera, harmoni dan tenang jiwa, agama Islam menggariskan panduan yang sangat berkesan untuk merawat penyakit jiwa atau tekanan perasaan, antaranya:
Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih itu - susut dan terbenam kebersihannya dengan sebab kekotoran maksiat.” (Surah al-Syam, ayat 9-10)
Sesungguhnya kekuatan iman berperanan sebagai benteng dalam mengharungi cabaran kehidupan di dunia ini. Oleh itu, dengan kembali kepada ajaran agama dan mengamalkannya jiwa manusia akan terselamat daripada kegelisahan dan kekusutan.
Jangan disebabkan terlalu sibuk mengejar kesenangan dan kemewahan dunia mengakibatkan kita lupa kepada agama. Sesungguhnya Allah memberikan jaminan bahawa manusia yang ikhlas melaksanakan segala ajaran-Nya akan mempunyai hati dan jiwa yang tenteram.









