" menyisih bersih embun kalam suci "

assalam..
salam kerinduan salam keberkatan
betapa benar hati rindu
menyusun bait keindahan alam
rantaian kecintaan sastera
bahasa jiwa
patah-patah nada rasa

emm..
terasa benar2 mahu pejam
gelap dari maya ungu
kelam dari lusuh biru
diri hanya mahu satu
kehijauan yang membisu
bisu dari kebingitan nafsu
pelat dari kekalutan emosi parah kalbu

ya Allah...
andai benar ini kekuatan dariMu
mohon penuhi seceruk birai hati
biar ia yg satu itu
akan mampu menawar sembuh baik luka emosi diri

kerna harus dan mesti diri akui
ia penawar kepekatan duri mimpi


nota hati diri
pelihara imanku Ya Rahman



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment